WhatsApp Kelak Akan Membolehkan “Admin” Padam Mesej Dari Sesiapa Pada Whatsapp Groups
December 19, 2021
Aplikasi
Aman
WhatsApp kini dilihat akan menawarkan salah satu ciri yang dinantikan ramai pentadbir WhatsApp Group, iaitu kebolehan untuk memadam mesej yang dihantar oleh ahli dalam sesuatu WhatsApp Groups.
Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengurusan mesej yang dikongsi dalam sesuatu WhatsApp Group, dan elak sebarang mesej yang tidak diingini dikongsikan dalam tetingkap sembang berkumpulan.

Mesej yang dipadam juga akan dilabelkan sebagai telah dipadam oleh pentadbir kumpulan berkenaan.
Buat masa ini, menurut WABetaInfo, ia masih pada peringkat pembangunan dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada semua.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.