Terowong SMART Catat Rekod Baru – Berjaya Melencongkan 5 Juta Meter Padu Air

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terowong Lebuhraya SMART berfungsi sebagai dua dalam satu, iaitu sebuah lebuhraya, dan juga sebagai sebuah terowong yang melencongkan air sekiranya berlaku banjir atau air yang naik tinggi di bandar.

Terkini, selepas diaktifkan selama kira-kira 22 jam, Lebuhraya SMART mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya melencongkan air berjumlah lima juta meter padu. 

Secara kasar, lima juta meter padu air ini adalah bersamaan dengan 2000 kolam renang bersaiz Olimpik. Sekiranya air ini tidak dialirkan keluar, kawasan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur seperti kawasan Masjid Jamek akan mengalami banjir besar.

Lima juta meter padu air ini dilencongkan dari Sungai Klang, dan Sungai Ampang, ke Kolam Takungan Taman Desa.

Selain terowong SMART, sejumlah aset seperti rumah pam turut dioperasikan secara maksimum – sekaligus membolehkan banjir besar di elak di Kuala Lumpur walaupun hujan lebat dan Empangan Batu melepaskan air.

komen


© Amanz / 2022 Kami