Meta (Facebook) Disenaraikan Sebagai Syarikat Paling Teruk Untuk 2021

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yahoo Finance! sering hadir dengan senarai syarikat terbaik tahunan, dan juga syarikat paling teruk untuk sesuatu tahun berdasarkan kepada undian orang ramai melalui platform mereka.

Untuk tahun ini, menariknya Meta atau Facebook disenaraikan sebagai syarikat paling teruk untuk tahun 2021 ini oleh mereka. Ini adalah berdasarkan kepada undian, 8% pembaca yang melabelkan Facebook sebagai syarikat paling teruk.

Antara sebabnya dilihat adalah disebabkan oleh platform berkenaan yang gagal mengekang berita palsu, selain kesan platform berkenaan terhadap kanak-kanak dan remaja – termasuk kesan terhadap kesihatan mental.

Apa pun, sebahagian pengguna mengatakan Facebook boleh menebus dengan meminta maaf, membuat derma dan sebagainya – sekaligus menjadikan jenama mereka sebuah jenama yang disukai ramai kembali.

Bagi anda sendiri, adakah Facebook atau Meta adalah syarikat paling teruk untuk tahun 2021 ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami