Cari @ Amanz

NVIDIA baru-baru ini telah memperkenalkan tiga model kad grafik baru yang dibangunkan khusus untuk komputer riba kelas nipis dan ringan yang tidak menggunakan begitu banyak kuasa. Tiga kad grafik ini termasuklah NVIDIA GeForce RTX 2050, NVIDIA GeForce MX570 dan juga NVIDIA GeForce MX550.

Walaupun diperlihatkan secara rasmi di laman web NVIDIA, spesifikasi mengenai ketiga-tiga kad grafik ini belum diumumkan secara rasmi. Laman web Computerbase mengatakan bahawa GeForce RTX 2050 dan GeForce MX570 menggunakan cip grafik Ampere, manakala GeForce MX550 menggunakan cip pemprosesan grafik Turing yang digunakan untuk siri GPU GeForce RTX 2000.

Menariknya, kesemua kad-kad grafik ini dilihat akan hadir dengan memori GDDR6, dan dijangka akan menawarkan prestasi grafik yang lebih baik berbanding model-model siri GeForce MX sebelum ini. Walaupun begitu, penawaran komputer riba dengan kad-kad grafik ini hanya akan ditawarkan pada suku kedua tahun 2022 kelak.

Sumber: NVIDIA

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd