Bagi para pengguna Maybank, kini perkhidmatan perbankan berkenaan dilihat menghadapi gangguan sementara untuk aplikasi Maybank MY, aplikasi MAE dan juga lamaan web Maybank2U.
Maybank mengatakan mereka sedang dalam proses membaik-pulih perkhidmatan mereka secepat mungkin.
Bagi pengguna yang menggunakan Maybank, mungkin boleh menggunakan beberapa alternatif lain untuk sementara waktu sehingga masalah ini diselesaikan.