OnePlus Turut Mempunyai Koleksi NFT Tersendiri – 5000 Diberikan Secara Percuma

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NFT nampaknya adalah jalan baru untuk mencari rezeki. Syarikat pakaian gergasi seperti Nike dan Adidas turut menyertainya, kelab bola Selangor FC pun ada, dan antara yang terkini melalui NFT adalah mengumpul dana untuk mangsa banjir.

OnePlus baru-baru ini turut menyertai arena NFT ini. Tetapi mereka tidak menjualnya, sebaliknya sempena ulang tahun ke-8 OnePlus – NFT ini diberikan secara percuma kepada pengguna setia OnePlus. Terdapat 5000 NFT diberikan iaitu 3600 yang biasa, 1200 yang rare, 200 super rare dan 15 secret rare.

Lagi sikit jumlahnya, lagi terhad dan lagi bernilai. Rekaan NFT daripada OnePlus ini adalah sejenis avatar memegang salah satu daripada peranti OnePlus. Terdapat model OnePlus 8 Pro untuk menekankan kehebatan 120Hz, OnePlus 7T Pro edisi McLaren dengan fokus kepada warna jingga, serta turut kelihatan adalah NFT OnePlus One edisi buluh untuk nostalgia.

Atas permintaan ramai, semasa NFT OnePlus ini diumumkan semua NFT yang biasa dan rare sudah habis ditebus dengan baki sekitar 100 lebih untuk peminat dapatkan koleksi Super Rare dan Secret Rare.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami