iQOO Neo5 SE Dan Neo5S Dilancarkan – Snapdragon 870, Skrin 144Hz, Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iQOO telah mengemaskini rangkaian peranti pintarnya dengan beberapa penawaran model baharu. Melaluinya, iQOO Neo 5S dengan cip Snapdragon 888 dan iQOO Neo 5 SE yang dilengkapi cip Snapdragon 870 telah diperkenalkan secara rasmi di China.

Untuk spesifikasi khusus, iQOO Neo 5S dilengkapi skrin 6.62-inci AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB dan menjalankan antara muka OriginOS Ocean yang dibina berasaskan Android 11.

Bateri yang disertakan adalah sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Turut melengkapinya adalah sistem tri-kamera utama dengan tetapan 48MP + 13MP + 2MP dan kamera hadapan adalah sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.2, NFC, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Untuk iQOO Neo5 SE pula, ia merupakan peranti dengan skrin sebesar 6.67-inci LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula mencapai 144Hz. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W.

Seterusnya, kamera utamanya pula adalah 50MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan antara muka OriginOS Ocean berasaskan Android 11, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.2, NFC dan sebagainya.

Untuk harga, iQOO Neo 5S dijual di China pada harga bermula RMB2,699 (~RM1,785). Sementara itu, iQOO Neo 5 SE pula berharga bermula RMB2,199 (~RM1,455) untuk sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami