Carian
Berdua Lebih Baik Dengan HUAWEI nova 9 + HUAWEI Watch GT3
December 24, 2021 Ikhwan Nazri

Ekosistem digital dan sistem operasi memainkan peranan penting dalam peranti berteknologi tinggi pada masa kini. Justeru integrasi pelbagai peranti adalah penting bagi memastikan kepelbagaian fungsi memberikan manfaat pada pengguna.

HUAWEI yang pada tahun ini melancarkan HarmonyOS, telah tampil dengan pelbagai peranti yang menyokongnya dan paling terbaru adalah gabungan telefon pintar HUAWEI nova 9 dan jam tangan pintar HUAWEI Watch GT3 yang saling berharmoni dalam memberikan penawaran teknologi kepada pengguna.

HUAWEI nova 9 – Rekaan Elegan Dengan Kamera Selfie 30MP 4K UltraHD

Sedar atau tidak, siri nova kini sudah hadir sudah sampai kepada siri ke-9 yang ditawarkan dalam dua warna memikat iaitu Starry Blue dan Black. HUAWEI nova 9 ini hanyalah seberat 175g dan 7.77cm ketebalannya, menjadikan ia sangat cantik bukan sahaja untuk dilihat, malah sedap dipegang.

Lebih dari itu, ia turut membawakan fungsi kamera selfie dengan sensor sebesar 32MP yang mampu merakam video 4K UltraHD. Anda tidak perlu bimbang dengan kualiti imej kerana dengan AIS Selfie Video, ia dapat mengurangkan gegaran pada video yang dirakam.

Malah jika anda seorang Vlogger, terdapat fungsi khas dipanggil Dual View Mode yang membolehkan anda merakam menggunakan kedua-dua kamera, kamera hadapan dan juga kamera dibelakang. Lebih menarik lagi adalah proses ini berjalan serentak, tanpa perlu menghentikan rakaman. Justeru anda tidak akan terlepas sebarang detik menarik dengan telefon ini.

Kamera Utama 50MP RYYB Ultra Vision 

Tidak cukup dengan kamera Selfie yang mampu merakam video 4K, kamera utama HUAWEI nova 9 iaitu 50MP Ultra Vision Camera adalah lebih berkuasa dengan sensor RYYB Super Sensing, dilengkapi dengan teknologi XD Fusion Engine dan Ultra Vision HDR. 

Teknologi ini membolehkan gambar dan video dirakam dalam kejituan tinggi, lebih cerah dan lebih jelas. Justeru bagi anda yang kerap berkongsi gambar dan video ke platfrom media sosial, anda tidak perlu membazir masa untuk melakukan penyuntingan kerana ia sudahpun berkualiti tinggi. 

Dan perlu ditekankan dengan Dual View Mode yang membolehkan kedua-dua kamera pada peranti ini berfungsi merakam dengan serentak, ini memberikan lagi ruang kreatif untuk anda berkarya, memberikan hasil yang tidak ditawarkan pada peranti lain. 

Pelbagai Aplikasi Popular Tersedia Pada Platform HUAWEI Mobile Services

Sejak HUAWEI berpindah kepada ekosistem tersendiri, ramai yang mungkin skeptikal mengenai sokongan aplikasi pada peranti. Namun saban hari berlalu, semakin banyak aplikasi yang dihasilkan menyokong HUAWEI Mobile Services. 

Apa yang pengguna hanya perlu lakukan adalah mencarinya di HUAWEI AppGallery dan aplikasi popular seperti LINE, Telegram, WeChat, Snapchat serta permainan popular seperti PUBG Mobile, Mobile Legends boleh dimuat-turun. Malah aplikasi tempatan yang popular seperti MySejahtera, Grab, Touch n’ Go turut sedia untuk pengguna.

Dan bagi solusi aplikasi Google, terdapat aplikasi GSpace yang memberikan akses untuk Gmail, Google Maps, dan Google Photos. Satu lagi cara untuk memuat-turun aplikasi adalah menggunakan Petal Search. Lakukan carian terhadap aplikasi popular, dan ia boleh dipasang dengan pantas.

Padankan dengan jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT3

Melengkapi HUAWEI nova 9 adalah jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT3 yang boleh memastikan anda tidak akan terlepas apapun yang berlaku. Anda boleh menerima panggilan menerusi jam ini, menjawab mesej, mengawal muzik dimainkan, malah turut boleh merakam gambar, terus dari jam ini.

Pelbagai fungsi pintar yang terdapat pada jam ini juga boleh boleh dilancarkan dengan arahan suara. Justeru sekiranya anda mungkin sedang melakukan perkara lain, dan tidak dapat mengambil telefon anda, berikan sahaja arahan dan ini memudahkan anda dalam tugasan seharian. 

Bagi menepati citarasa anda, ia hadir pada dua pilihan saiz, iaitu 46mm dan 42mm jadi anda boleh memilih mana yang sesuai digayakan bersama anda. 

Bateri Yang Boleh Bertahan Sehingga 14 Hari

Apalah gunanya memakai jam yang perlu dicaj setiap hari ? Ia merupakan satu perkara yang menyusahkan lagi menjengkelkan. Namun dengan HUAWEI WATCH GT3 ini, ia boleh bertahan sehingga 7 hari bagi model 42mm, manakala sehingga 14 hari waktu operasi untuk model 46mm.

Hal ini membolehkan anda tidak perlu risau akan kehabisan bateri dan tidak dapat memakai jam kegemaran bersama anda. Malah anda turut boleh memakai jam ini sewaktu tidur bagi membolehkan penjejak tidur menyukat kualiti tidur anda.

Dan sekiranya anda kehabisan bateri, jam tangan pintar berteknologi tinggi ini turut menyokong pengecasan pantas. Malah memandangkan permukaan dia yang rata, ia turut boleh dicaj pada telefon pintar yang boleh menjadi pengecas nirwayar, jadi boleh dikatakan anda hampir tidak akan tertinggal pengecas dimana jua anda berada.

Penjejakan Pelbagai Aktiviti Kecergasan

Sesetengah jam tangan pintar yang menyokong fungsi mengesan kecergasan namun mungkin terhad kepada aktiviti popular seperti berjalan dan berlari. Namun pada HUAWEI WATCH GT3 ini, pelbagai aktiviti kecergasan dapat dijejak dan direkodkan. 

Aktiviti seperti mendaki gunung, berenang, malah melompat tali skip boleh direkodkan menggunakan jam tangan pintar ini. Dan dengan pengesan yang turut boleh mengukur pelbagai perkara seperti tahap SpO2, kadar degupan jantung, suhu badan, dan waktu tidur , anda juga boleh mengesan tahap kesihatan anda dengan mudah, dan kekal cergas sepanjang hari. 


Jelas sekali dengan padanan peranti yang menyokong HarmonyOS, integrasi yang dibawakan pada HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT3 dapat membuatkan hidup anda seharian lebih harmoni disamping teknologi terkini. 

Dan jika anda mencari peranti untuk memulakan tahun 2022, anda boleh hadir ke kedai HUAWEI Experience Store yang berhampiran bagi mencuba dan menguji kedua-dua peranti ini. Ia juga turut ditawarkan menerusi kedai rasmi HUAWEI di Lazada dan Shopee, dan juga kedai rasmi atas talian.

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

Komen