Alyx Dan Bingo Adalah Nama Asal Bagi Pembantu Digital Microsoft – Cortana

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ingatan saya masih segar lagi, sekitar tahun 2013 telefon pintar yang saya gunakan sebagai peranti harian saya adalah Nokia Lumia 720. Kemaskini pertama yang membuatkan saya gembira adalah Windows Phone 8.1 yang menawarkan pembantu digital Cortana. Ia mempunyai banyak ciri dan fungsi yang kini sudah disalin oleh Google Assistant, Alexa atau juga Siri.

Baru-baru ini Sandeep Paruchuri iaitu bekas pengurus produk Microsoft telah kongsi serba sedikit mengenai sejarah di sebalik pembangunan Cortana. Menurut beliau, Cortana pada asalnya adalah pembantu digital yang benar-benar mimik konsep dalam permainan video Halo. Cortana sepatutnya adalah pembantu digital di masa nyata yang proaktif.

Cortana Android

Antara fungsinya adalah memberi peringatan temu janji kepada pengguna yang perlu bergerak ke lokasi lain agar boleh tiba di destinasi tepat pada waktunya. Lama-kelamaan daripada pasukan kecil yang membangunkan Cortana, semakin ramai yang ingin melibatkan diri – Cortana menjadi hilang arah tuju.

Nama Cortana itu sendiri adalah kod nama yang digunakan oleh pasukan Microsoft yang kecil untuk rujukan dalaman. Tetapi telah tertiris dan membuatkan peminat Halo inginkan ia menjadi realiti. Pada awalnya Microsoft ingin memberi nama Alyx kemudian Steve Ballmer pula ingin menggunakan nama Bingo agar selari dengan enjin carian Bing.

Cortana M8

Tetapi sayangnya, Cortana tidak berjaya menjadi apa yang sepatutnya ditujukan. Implementasi dalam Windows Phone mati kerana selepas Windows Phone 10 ia mati, implementasi pada desktop pertama di Windows 10 juga tidak mencukupi dan pada Windows 11 ia semakin tenggelam. Cortana kini hanyalah satu ciri tambahan yang diimplementasikan dalam aplikasi dan perkhidmatan Microsoft yang ada menggunakan kecerdasan buatan atau pembelajaran mesin.

komen


© Amanz / 2022 Kami