iQOO U5 5G Akan Dilengkapi Cip Snapdragon 695, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah peranti baharu iQOO telah ditemui tersenarai menerusi kedai atas talian di China, JD.Com. Peranti yang dimaksudkan adalah iQOO U5 dan penyenaraian telah mengesahkan sejumlah spesifikasi utama pada peranti.

iQOO U5 akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 695. Ia merupakan cip berteknologi 6nm dengan rangkaian 5G yang membawakan penambahan prestasi sebanyak 15% dan GPU mencapai 30%. Selain itu, peranti juga akan dibekalkan bateri sebesar 5000mAh yang mungkin menyokong pengecasan pantas 18W. Panel hadapan pula adalah sejenis bertakuk kecil bersama kemampuan skrin dengan kadar segar semula tinggi 120Hz.

Tidak ketinggalan, peranti juga akan mempunyai dwi-kamera utama di belakang dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti putih, biru dan hitam. Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui. Namun begitu, jualan pertamanya dijangka bermula pada 24 Disember ini di China.

Sumber : GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami