Kotak Dan Rekaan Kad Grafik ASUS TUF GeForce RTX 3090 Ti Tertiris

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NVIDIA dijangka akan melancarkan siri kad grafik paling berkuasa mereka setakat ini, NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti sewaktu acara Consumer Electronics Show 2022 kelak, tetapi seperti biasa, pelbagai butiran mengenai kad grafik tersebut sudahpun tertiris ke arena internet.

Terkini, nampaknya kelibat kotak kad grafik keluaran ASUS mengesahkan kewujudan kad grafik ini, dimana ASUS akan memperkenalkan kad grafik ASUS TUF GeForce RTX 3090 Ti mereka sendiri. Dari segi spesifikasi khusus, apa yang diketahui mengenai kad grafik ini ialah ia akan dikuasakan oleh cip pemprosesan grafik GA102-350 dengan 10752 teras CUDA.

Ia juga akan hadir dengan 24GB memori GDDR6X dan akan menggunakan memori dengan kelajuan 21Gb/s paling pantas keluaran Micron. Bukan itu sahaja, dari segi penggunaan kuasa, kad grafik ini akan hadir dengan jumlah penggunaan kuasa (TDP) setinggi 450W, iaitu 100W lebih tinggi berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 sebelum ini.

Bercakap mengenai perbandingan, ia juga dapat dilihat bahawa kad grafik RTX 3090 Ti ini hadir dengan lebih banyak kipas penyejuk berbanding dengan model RTX 3090, dan ini memperlihatkan bahawa penyejukan lebih berkuasa diperlukan untuk mengalirkan haba daripada kad grafik ini.

Terkini, ia turut dikatakan bahawa kad grafik ini akan diperkenalkan oleh NVIDIA pada 4 Januari 2022 kelak, dan akan mula dijual pada 27 Januari 2022 seperti yang dikatakan sebelum ini.

Sumber: VideoCardz

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami