Cari @ Amanz

Carousell merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan orang ramai untuk menjual barangan terpakai atau baharu. Terbaru, dengan bencana banjir yang melanda sejumlah kawasan, Carousell turut membolehkan orang ramai yang menggunakan platform mereka untuk menyumbang barangan kepada yang memerlukan.

Melalui platfrom Carousell, kini pngguna boleh melabelkan barangan yang tidak diinginkan dan ingin menyumbang kepada mangsa banjir sebagai percuma. Ini sekaligus akan membolehkan mangsa banjir untuk mencari barangan daripada platform Carousell, dan menebusnya secara percuma.

Secara tidak langsung, Carousell membawa ciri “Pasar Percuma” ke pltaform mereka, sekaligus memudahkan mangsa banjir mendapatkan perabot dan barangan ke rumah mereka tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi.

Bagi anda yang menggunakan Carousell, boleh menggunakan ciri ini dalam membantu mangsa banjir yang terlibat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd