Facebook kini mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran ciri Facebook Jobs pada 22 Februari 2022 kelak.
Dengan perubahan ini, semua Facebook Groups dengan tetapan sebagai “Jobs” akan diubah menjadi Facebook Groups biasa. Disamping itu, sokongan API untuk Facebook Jobs juga tidak akan ditawarkan lagi.
Ciri ini juga akan ditamatkan sepenuhnya pada aplikasi mudah-alih, dan pelayar web.
Apa pun, ciri ini akan dikekalkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada selepas tarikh berkenaan.