Penggunaan RFID Untuk Pembayaran Tol Disasar Capai 60% Pada Penghujung 2022
Aman
Kerajaan sedia berkongsi perancangan menyasarkan semua plaza tol menyokong pembayaran menggunakan RFID – sekaligus mengurangkan kesesakkan di plaza tol, disamping memudahkan pengguna menguruskan pembayaran melalui aplikasi dompet digital.
Pada masa yang sama, penggunnaan RFID dijangka menjadi titik tolak untuk pengenalan plaza tol tanpa palang dalam beberapa tahun lagi.

Menyentuh mengenainya, kerajaan turut mengumumkan mereka menyasarkan penggunaan RFID untuk pembayaran tol dijangka mencapai 60% penggunaan menjelang penghujung 2022 kelak.
Langkah ini selari dengan sasaran kerajaan menamatkan penggunaan kad Touch n Go dan SmartTAG untuk pembayaran tol menjelang penghujung 2023 kelak.