Netflix Games Kini Ditawarkan Untuk Akaun Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, Netflix telah dilihat memasuki arena permainan video untuk beberapa bulan dengan menawarkan beberapa permainan berdasarkan siri televisyen mereka seperti Stranger Things: 1984 dan juga Stranger Things: The Game.

Terkini, aplikasi Android dan iOS Netflix untuk pengguna Malaysia memperlihatkan ruangan baru untuk pilihan Netflix Games ini, yang termasuklah dua permainan yang diperkatakan tersebut, dan juga sejumlah permua-permua yang lain.

Senarai permua diperlihatkan dalam aplikasi Netflix sendiri, dimana pengguna kemudiannya akan dialihkan ke tetingkap Apple App Store ataupun Google Play Store untuk memuat-turun permua tersebut yang kemudiannya boleh dimainkan secara kendiri.

Pilihan Netflix Games ini hanya dapat diperlihatkan pada aplikasi Android dan iOS kerana fail muat-turun tersebut hanya boleh dilakukan pada sistem-sistem operasi ini. Sudahkah anda mencuba permua-permua baru ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami