MOSTI Akan Guna 20 Dron Berkuasa Tinggi Untuk Tinjauan Dan Penghantaran Bekalan

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini mengatakan akan menggunakan sebanyak 20 dron berkuasa tinggi dalam melakukan tinjauan dan penghantaran bekalan penting ke kawasan bencana banjir.

Dron ini akan digunakan dalam memantau dna mencari mangsa banjir yang mungkin terperangkap, selain keadaan jalan raya atau tebing yang mungkin terkesan akibat bencana ini.

Disamping itu, dron ini juga dijangka akan dapat membawa muatan sehingga 10 kilogram – sekaligus membolehkan penghantaran bekalan asas seperti ubat dan makanan dapata dicapai.

20 dron yang turut disokong melalui kerjasama lima syarikat swasta ini akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Perkhidmatan Dron.

Disamping itu, MOSTI kini masih menunggu kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

komen


© Amanz / 2022 Kami