Oppo Dianugerahkan Paten Cincin Pintar Untuk Mengawal Oppo Air Glass

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ada banyak jenis peranti boleh pakai yang boleh didapatkan di pasaran sekarang. Daripada gelang tangan pintar, jam tangan, cincin, kamera aksi dan banyak lagi. Produk yang tidak begitu popular dan tidak begitu menarik perhatian orang ramai adalah cincin pintar. Ini mungkin kerana rekaan tebal atau aneh untuk digunakan.

Tetapi ini semua mungkin boleh berubah, kerana Oppo telah mempatenkan cincin pintar baru-baru ini. Akan tetapi, paten yang dianugerahkan kepada Oppo ini bukanlah peranti tersendiri – sebaliknya sejenis aksesori untuk mengawal produk lain. Ia dikatakan cincin pintar Oppo ini adalah untuk mengawal Oppo Air Glass mereka dan bukannya seperti cincin pintar lain yang ada di pasaran misalnya – Motiv.

Oppo Air Glass

Secara tidak langsung, Oppo sebenarnya telah kembali ke masa silam dengan ekosistem produk seperti ini. Ingatan saya masih segar ketika zaman Oppo N1 dan Oppo Find 7/7a, Oppo ada aksesori di bawah jenama OLike seakan sejenis pak yang perlu disambungkan dengan Bluetooth untuk kawalan peranti seperti pengatup kamera dan sebagainya.

Tidak pasti lagi bila Oppo akan melancarkan cincin pintar ini atau ia hanya sekadar parten yang nanti akan diarkib dalam pustaka paten. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan dan lihat adakah ekosistem baharu peranti boleh-pakai Oppo ini akan menjadi kenyataan.

komen


© Amanz / 2022 Kami