Siri Realme GT 2 Bakal Dilancarkan Pada 4 Januari Hadapan

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Realme telah berkongsi tiga teknologi baharu yang bakal disertakan pada peranti akan datang mereka – iaitu siri Realme GT 2. Antaranya seperti panel belakang peranti dengan kemasan bio- polimer, sensor ultra-lebar bersama darjah pandang mencapai 150 darjah dan penambah-baikan dari aspek rangkaian. Cuma menjadi persoalan, bilakah peranti berkenaan akan dilancarkan?

Tanda tanya mengenainya kini terjawab apabila Realme dilihat memuat-naik satu poster pelancaran di Weibo. Ia menunjukkan siri Realme GT2 akan dilancarkan pada 4 Januari depan di China. Turut difahamkan, pelancaran global turut akan berlaku pada tarikh yang sama tetapi berlainan waktu. Menurut desas-desus, terdapat sekurang-kurangnya dua model berbeza yang akan diperkenalkan iaitu Realme GT 2 dan Realme GT 2 Pro.

Tidak banyak maklumat berkaitan peranti yang diketahui. Setakat ini, Realme hanya mengesahkan yang mana Realme GT 2 Pro akan menjadi peranti terawal keluaran mereka yang dijana oleh cip pemprosesan mercu terbaru Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Dalam pada itu, kita juga boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut mengenai peranti bakal dikongsi dalam masa terdekat ini.

Sumber : Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami