Cari @ Amanz

Kabin kereta semakin canggih dengan sistem infohibur terkini serta kemampuan mengubah suhu pendingin hawa untuk setia penumpang. Mitsubishi telah memperlihatkan konsep kabin kereta pintar yang sentiasa memantau pemandu untuk kesan mengantuk sebelum memberhentikan kenderaan sebelum kemalangan berlaku.

Emirai xS Drive ialah sistem yang dibangunkan Mitsubishi dengan kamera infra merah di dalam kabin. Ia mengesan mata pemandu yang tertutup, terganggu dan mulut yang kerap menguap sebagai indikator individu sedang mengantuk. Notifikasi diberikan supaya pemandu berehat. Jika amaran masih diabaikan, Emirai xS Drive akan mengambil alih pemanduan untuk memberhentikan kereta di tepi jalan.

Sensor tambahan juga diletakkan untuk memantau penumpang. Jika ia mengesan terdapat anak di belakang dan pemandu sudah keluar dari kerusi, ia memberikan satu lagi peringatan untuk tidak meninggalkan mereka di dalam kereta. Konsep kabin kereta pintar Emirai xS Drive akan dipamerkan oleh Mitsubishi di acara CES 2022 Januari hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd