Amazon, Twitter, Meta Dan Pinterest Tidak Akan Menghadiri Acara CES 2022

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara Consumer Electronics Show 2022 akan berjalan pada awal bulan Januari kelak dan dijangka akan dihadiri oleh pelbagai jenama elektronik dan teknologi terkemuka dari pelusuk dunia di Las Vegas bermula 5-8 Januari 2022.

Walaupun begitu, virus COVID-19 varian Omicron dilihat telahpun menular di Amerika Syarikat, dan beberapa syarikat teknologi di negara tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak akan menghadiri acara tersebut.

Ini termasuklah Amazon, Twitter, Meta dan Pinterest yang sebelum ini dikatakan akan menghadiri acara tersebut untuk memperlihatkan ciri-ciri dan teknologi baru pada platform mereka. Meta, khususnya dijangka akan mempelihatkan kemaskini terbaru kepada konsep Metaverse mereka yang membolehkan orang ramai untuk berinteraksi dalam alam maya secara berdekatan, walaupun mereka berada di jarak jauh.

Amazon juga sepatutnya memperlihatkan unit rumah pintar mereka yang dinamakan Amazon Ring, tetapi dilihat membuat keputusan untuk tidak hadir ke acara ini kerana isu varian Omicron ini.

Walaupun begitu, syarikat-syarikat teknologi seperti Google, Waymo, Sony dan Qualcomm dilihat masih lagi akan menghadiri acara ini dan memperkenalkan produk-produk terbaru mereka di acara tersebut, manakala NVIDIA, yang dijangka akan memperkenalkan kad-kad grafik baru sewaktu acara tersebut akan menghadirinya secara digital.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami