Honor Mengacah Pelancaran Peranti Skrin Boleh Lipat Magic V
Effi Saharudin
Honor akan melancarkan peranti dengan skrin boleh-lipat pertama mereka dalam masa terdekat. Ini disahkan menerusi imej acah untuk Honor Magic V yang dikongsi oleh syarikat menerusi laman media sosial mereka. Dapat dilihat mekanisme lipatan berbentuk V sahaja setakat ini.

Sebelum ini kedengaran ura-ura pranti akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang berkuasa. Jika peranti yang dilancarkan tahun ini boleh dijadikan piawaian, tidak mengejutkan jika rekaan Magic V mirip dengan Huawei P50 Pocket yang akan dilancarkan pula esok. Tiada maklumat lain dikongsi tetapi ura-ura mengatakan dua peranti skrin boleh-lipat akan dilancarkan oleh Honor dalam masa terdekat. Dengan semakin banyak peranti seperti ini dilancarkan, mungkin dalam masa terdekat ia akan menjadi rekaan standard.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.