Oxford-AstraZeneca Akan Membangunkan Vaksin COVID-19 Untuk Mengekang Varian Omicron

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Varian Omicron virus COVID-19 dilihat sebagai varian yang paling serius kerana kebolehan mutasinya yang dilihat paling cepat dan menggerunkan apabila dibandingkan dengan varian-varian lain.

Bagi mereka yang telah divaksin, sejumlah pembuat vaksin seperti Pfizer dan Oxford-AstraZeneca mengatakan dos tambahan diperlukan untuk memastikan bahawa sekiranya anda diserang oleh varian ini, jangkitannya tidak akan begitu teruk.

Selepas Pfizer mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan vaksin khusus untuk varian Omicron, Oxford-Astra Zeneca mengatakan bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama. Pfizer-BioNTech yang membangunkan vaksin Comirnaty mengatakan bahawa vaksin untuk varian Omicron mereka sedia diuji pada awal tahun hadapan,

Sandy Douglas, ketua kumpulan penyelidikan di Oxford mengatakan bahawa vaksin adenovirus seperti apa yang digunakan dalam vaksin mereka boleh diselidik dan dibangunkan dengan cepat, khususnya apabila vaksin untuk virus ini sudahpun sedia digunakan. Dalam pada itu ia juga dilihat bahawa koktel antibodi Evusheld didalam vaksin sedia ada masih lagi boleh meneutralisasikan virus varian Omicron ini.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami