Cari @ Amanz

Intel dijangka akan memperkenalkan siri kad grafik Intel Arc Alchemist mereka di acara CES 2022, dan terkini, skor penanda aras awal telah tertiris ke arena internet.

TUM APISAK, sumber yang cukup dipercayai untuk membekalkan maklumat butiran komponen komputer yang belum dilancarkan baru-baru ini memperlihatkan skor penanda-aras kad grafik Intel Arc Alchemist ini.

Untuk menggerakkan penanda-aras ini, kad grafik ini dipadankan dengan CPU Intel Core i9-12900K dan juga memori DDR5 sebanyak 32GB dan dijalankan pada resolusi Full HD dengan tetapan grafik setinggi yang mungkin.

Skor yang diperlihatkan pada penanda aras Ashes of Singularity ini diperlihatkan pada 12500, setaraf dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 dan 3070 Ti, tetapi ia tidak diketahui kad grafik Arc Alchemist yang manakan digunakan.

Selain daripada itu, skor ini, walaupun agak tinggi, dikatakan tidak menunjukkan prestasi sebenar kad grafik tersebut, khususnya kerana Ashes of Singularity juga banyak bergantung kepada kemampuan CPU yang digunakan untuk meningkatkan prestasi permainan ini.

Apa-apa pun, sekiranya ia dilihat bahawa kad grafik keluaran Intel ini benar-benar mampu bersaing dengan NVIDIA GeForce RTX 3070 dan 3070 Ti, ia boleh dikatakan sesuatu yang cukup baik sekali khususnya untuk mereka yang masih menunggu untuk menaiktarafkan komponen grafik komputer mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd