AYANEO ialah sebuah jenama pembuat permainan konsol mudah-alih yang hadir dengan spesifikasi sebuah komputer yang ditawarkan dalam rekabentuk sebuah konsol permainan mudah-alih seperti Nintendo Switch dan juga Steam Deck.
Terkini, AYANEO telah berciap mengatakan bahawa mereka akan memperlihatkan konsol terbaru mereka pada 28 Disember ini. Dalam satu ciapan baru, mereka juga mengatakan bahawa mereka telah hadir dengan solusi kepada masalah terbesr yang dihadapi oleh pengguna konsol Nintendo Switch.
Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah butiran khusus yang akan hadir pada konsol ini, tetapi melalui ciapan awal mereka, konsol ini dilihat akan digerakkan oleh gabungan APU AMD Ryzen dan akan menggunakan sistem operasi Windows. Samada ia Windows 10 ataupun Windows 11, ini juga tidak diketahui lagi setakat ini.
AYANEO akan memperkenalkan konsol ini di acara 28 Disember kelak, dan kami pasti butiran lanjut mengenai peranti terbaru mereka akan diperlihatkan kelak.