Cari @ Amanz

Xiaomi sedia menjadualkan minggu hadapan untuk pengenalan telefon pintar dibawah siri Xiaomi 12. Selari dengannya juga, kini beberapa poster baru diterbitkan yang membandingkan penawaran Xiaomi 12 dengan saiz iPhone 13.

Xiaomi 12 dilihat menawarkan skrin bersaiz 6.28-inci, yang mana lebih besar berbanding iPhone 13, yang bersaiz 6.1-inci. Apa pun, iPhone 13 dilihat sedikit lebar berbanding dengan Xiaomi 12 dari segi rekaan.

Hal ini sekaligus membuatkan Xiaomi 12 dapat digengam penuh dan selesa ditangan berbanding dengan iPhone 13.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 28 Disember ini untuk melihat sepenuhnya apakah yang akan ditawarkan oleh Xiaomi 12 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd