Cari @ Amanz

TOMAZ, salah satu jenama yang menawarkan produk seperti kerusi “gaming” dan beberapa yang lain, kini turut menyertai pelbagai jenama dalam membantu pelanggan mereka membaik-pulih produk yang terjejas disebabkan banjir.

TOMAZ mengatakan mereka akan menawarkan khidmat baik-pulih percuma kepada produk TOMAZ yang rosak disebabkan banjir.

Produk ini meliputi jam tangan, kerusi gaming dan juga sofa yang rosak disebabkan banjir.

Bagi anda yang menggunakan produk TOMAZ dan terkesan, boleh membuat temujanji, dan membaik-pulih produk anda yang terjejas disebabkan banjir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd