Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, kini mengatakan secara umumnya, pengguna boleh menikmati perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih pada harga serendah 27 sen sehari.
Menurut beliau lagi, pakej prabayar kini ditawarkan pada harga serendah RM10, sementara pakej pascabayar pula boleh didapati pada harga RM8 sebulan.
Timbalan Menteri memberikan respon berkenaan terhadap persoalan salah seorang senator berkenaan dengan strategi kerajaan dalam memastikan harga capaian internet 4G adalah berpatutan terutamanya untuk golongan B40.
Pada hari ini, terdapat syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej data tanpa had pada harga sekitar RM30 sebulan, selain mana kerajaan juga turut hadir dengan sejumlah inisiatif menarik dalam memastikan capaian internet dinikmati semua.
Apa pun, seperti biasa, persoalan berkenaan dengan kelajuan dan kestabilan sering timbul untuk pelan telekomunikasi. Tahun ini, kerajaan dilihat telah hadir dengan peta Jendela yang memaparkan lokasi sekitar Malaysia dengan sambungan rangkaian di sesuatu lokasi daripada penyedia.