Vivo sedia menawarkan sejumlah peranti, dan hari ini mereka telah memperkenalkan Vivo S12 dan Vivo S12 Pro secara rasminya di China.
Kedua-dua telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada sokongan swafoto – dan Vivo sendiri menyertakan dwi-kamera hadapan pada kedua-dua model telefon pintar berkenaan.
Vivo S12 adalah model asas yang ditawarkan, hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED pada resolusi 1080p dengan kadar segar semula 90hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1100, dan memori sehingga 12GB RAM, serta storan 256GB.
Untuk rakaman gambar, Vivo S12 menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 44MP + 8MP (ultra-lebar) yang diposisikan pada bahagian takuk. Pada bahagian belakang, Vivo S12 menyertakan sensor kamera utama 108-megapixel, yang dilengkapkan dengan sensor 8MP (ultra-lebar) dan 2MP (potrait). Melengkapkan ia juga adalah bateri 4200mAh dengan pengecasan 44W.
Bersama-sama dengannya, Vivo turut memperkenalkan Vivo S12 Pro yang hadir dengan spesifikasi lebih tinggi.
Vivo S12 Pro hadir dengan skrin 6.56-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB.
Melengkapkan ia juga adalah dwi-kamera hadapan gabungan 50MP + 8MP (ultra-lebar), dan menariknya turut hadir dengan dwi-LED Flash dihadapan untuk rakaman swafoto pada pelbagai keadaan cahaya.
Ia turut menyertakan kamera 108MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) pada bahagian belakang. Vivo S12 Pro ini hadir dengan bateri 4300mAh bersama pengecas 44W.
Buat masa ini, kedua-dua model ini diumumkan untuk pasaran China. Tidak diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan di Malaysia.