Codecademy Diambil-Alih Pada Nilai Lebih RM2.2 Bilion

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Codecademy merupakan salah satu platform yang digunakan ramai dalam mempelajari pengaturcaraan dengan mudah dan pantas. Hari ini, SkillSoft mengumumkan mereka akan mengambil-aalih Codecademy pada nilai mncapai $525 juta (~RM2.2 bilion) dalam bentuk gabungan tunai dan saham.

Skillsoft sendiri merupakan sebuah syarikat memfokuskan kepada latihan digital, dan pelanggan mereka terdiri daripada pihak kerajaan, swasta dan sebagainya. Skillsoft pada hari ini menawarkan lebih 180,000 kursus dibawah mereka.

Dengan mengambil-alih Codecademy, Skillsoft turut menambah penawaran penambah-baikkan skil teknikal dibawah portfolio mereka. Ia juga turut membuka peluang kepada pelanggan yang lebih meluas berbanding sedia ada.

Untuk makluman, Prosus merupakan pemegang saham terbesar pada Skillsoft, yang turut mempunyai pegangan pada Codcademy dan juga salah satu syarikat pembelajaran popular di India, Byju.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami