Telekom Malaysia kini menyatakan mereka akan menawarkan gantian peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma. Perkara ini dilihat meliputi penghala yang digunakan di rumah pengguna untuk menikmati perkhidmatan internet Unifi.

TM mengatakan pelanggan yang terjejas, boleh menghubungi pihak khidmat pelanggan melalui Chatbot Unifi atau talian 100 untuk proses gantian.
Pada masa yang sama, TM turut memohon maaf atas kesulitan dihadapi sepanjang gangguan perkhidmatan akibat banjir. Pengguna boleh menyemak status terkini perkhidmatan Unifi melalui laman khusus Unifi Alerts yang disediakan TM.