#LG

LG Memperlihatkan Konsep Kerusi Dengan TV Terbina Yang Berputar

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda suka menonton TV secara duduk ataupun berbaring? Dalam dunia normal manusia kan mengubah posisi tubuh tetapi di dunia LG, tempat duduk yang berputar bersama dengan televisyen yang terbina. Konsep tempat duduk berputar ini akan dipamerkan ketika acara CES 2022 yang akan berlangsung Januari hadapan.

Selain platform yang berputar, televisyen OLED terbina sebesar 55″ ini turut mempunyai skrin yang melengkung. Kenapa melengkung? Kerana TV boleh diputarkan untuk menonton kandungan secara menegak. Dalam mod ini bahagian atas masih mempamerkan video manakala bahagian bawak skrin pula mempamerkan pelbagai maklumat lain seperti cuaca atau status peranti berhubung dalam rumah.

Keseluruhan sistem audio turut terbina pada bahagian kerusi bagi memberikan pengalaman audio yang sempurna sepanjang masa. Pada waktu ini tempat duduk berputar dengan skrin yang turut berputar ini hanya sekadar konsep tanpa perancangan menawarkannya sebagai produk sebenar.

komen


© Amanz / 2022 Kami