Intel Akan Menguatkuasakan Cuti Tanpa Gaji Terhadap Pekerja Yang Belum Menerima Vaksin COVID-19 Di Amerika

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini telah meluluskan mandat yang mewajibkan rakyatnya untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk memastikan mereka terpelihara daripada gejala-gejala buruk yang didatangkan oleh virus tersebut. Mandat tersebut turut mengatakan bahawa syarikat mempunyai hak untuk tidak membenarkan pekerja datang bekerja sekiranya vaksin tidak diambil sebelum 4 Januari 2022 kelak.

Walaupun begitu, tidak begitu banyak syarikat dilihat mengambil mandat ini kerana terdapat kes saman terhadap kerajaan tersebut yang mengatakan bahawa undang-undang baru ini melanggar semangat kemerdekaan negara tersebut.

Akan tetapi, Intel, salah satu syarikat teknologi dan pembuat cip semikonduktor terbesar di dunia yang berpengkalan di negara tersebut telah membuat keputusan untuk menuruti mandat kerajaan tersebut, dan mengatakan bahawa sekiranya ia didapati bahawa pekerja mereka masih belum menerima vaksin pada tarikh tersebut akan dipaksa untuk mengambil cuti tanpa gaji sehingga mereka mengambil vaksin tersebut.

Intel mempunyai 100 ribu pekerja di seluruh dunia, dan 21 ribu daripada mereka bekerja di ibu pejabat yang berpengkalan di Hilsboro, Oregon, yang mana ia merupakan pusat pembangunan teknologi Intel yang terbesar.

Intel mengatakan bahawa ini adalah untuk memastikan bahawa para pekerja Intel terlindung daripada kesan-kesan buruk virus tersebut, dan untuk mengurangkan impak terhadap tenaga kerja syarikat tersebut, khususnya kini apabila syarikat tersebut sedang sibuk membina infrastruktur untuk konsep pembuatan cip IDM 2.0 mereka.

Sumber: Tom’s Hardware

komen


© Amanz / 2022 Kami