Cari @ Amanz

Infinix XE 20 dan Infinix XE 25 merupakan dua fon telinga keluaran Infinix yang telah diumumkan sekitar bulan September lalu. Kedua-duanya menampilkan sisi berbeza pada setiap rekaan fizikal. Terkini, ia dilihat telah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia dengan harga bermula RM89 untuk Infinix XE 20. Sementara itu, Infinix XE 25 pula dijual bermula RM189. Bagi yang berminat, kedua-duanya boleh didapati menerusi laman Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Untuk spesifikasi khusus, sepasang pemandu audio bersaiz 10mm dengan sokongan codec SBC, AAC dan kawalan sentuhan digunakan pada Infinix XE20 Earbuds. Namun begitu, ia tidak pula disertakan dengan sebarang teknologi pembatalan hingar. Seterusnya, ia juga dilengkapi mod latensi rendah 60ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut sama mempunyai sokongan kalis air IPX4, dilengkapi bluetooth 5.0 dan mampu beroperasi mencecah 30 jam dengan bantuan pod pengecas.

Bercakap mengenai Infinix XE25 Earbuds pula, ia hadir dengan sokongan kalis air IPX4, dilengkapi bluetooth 5.0 dan mampu beroperasi mencecah 100 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas. Di samping itu, ia juga dilengkapi sistem dilengkapi sistem pembatalan hingar elektronik (ENC) dan mod latensi rendah 60ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Seterusnya, ia juga menggunakan pemandu audio bersaiz 10mm dan ia turut menampilkan sokongan lampu LED pada pod pengecas untuk pemberitahuan baki bateri fon telinga. Spesifikasi lain termasuk – sokongan codec SBC, AAC, kawalan sentuhan, port sambungan USB-C, sambungan pantas menerusi ciri Rapid Pairing serta Flash Connect dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd