Vivaldi Memperkenalkan Pelayar Web Untuk Kereta

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang ditawarkan dengan integrasi ciri-ciri menarik. Terbaru, Vivaldi telah mengumumkan pengenalan pelayar web mereka untuk Polestar 2 yang menggunakan android Automotive OS (AAOS)

Dengan pengenalan ini juga, Vivaldi mengatakan ia adalah pelayar web pertama yang ditawarkan untuk kenderaan menjalankan AAOS.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati pengalaman pelayar web penuh dalam kenderaan. Bagi mengelak ia digunakan ketika memandu, Vivaldi hanya membenarkan pelayar web mereka digunakan ketika kenderaan dalam keadaan parkir sahaja.

Mungkin dengan lebih banyak kenderaan menggunakan AAOS, Vivaldi akan memperluaskan sokongan untuk kereta-kereta lain pada masa akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami