Huawei P50 Pocket Kini Rasmi Dengan Skrin Boleh-Lipat Dan Cip Snapdragon 888 4G

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei P50 Pocket telah dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai peranti skrin boleh lipat ketiga dari Huawei selepas Mate X dan Mate X2. P50 Pocket mempunyai rekaan skrin yang lebih kompak yang melipat ke luar dan skrin sekunder berbentuk bulat pada bahagian luar. Rekaannya amat mirip dengan P50 Pro cuma tubuh yang boleh dilipat.

Peranti dilengkapi skrin 6.9″ OLED FHD 120Hz boleh-lipat, skrin luaran 1″ OLED 60Hz berbentuk bulat, dijana cip Snapdragon 888 4G memori 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 40W.

Kamera utama menggunakan sensor 40MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 32MP Super Sensor sementara kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di bahagian sisi. Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang membolehkan peranti menjadi kunci kereta digital dan kemampuan mengesan kesan cahaya UV pada wajah.

Huawei P50 Pocket ditawarkan dalam warna putih dan hitam. Sebuah edisi premium dengan tubuh bercorak tampak turut ditawarkan. Di China harga jualan ialah RMB 8988 (~RM 5928) untuk model biasa 8/256GB dan RMB 10988 (~RM7247) untuk P50 Pocket Premium Edition 12/512GB.

Walaupun mempunyai rekaan yang kompak, harga jualan P50 Pocket adalah lebih tinggi berbanding Oppo Find N yang dilancarkan minggu lalu. Tiada maklumat tentang bilakah peranti akan dipasarkan di luar China tetapi Malaysia biasanya menjadi pasaran terawal untuk unit-unit global.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami