Profesor Di Jepun Mencipta Skrin Boleh Dijilat, Yang Memberikan Rasa Makanan

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Melalui laporan Reuters, kini salah seorang profesor di Jepun kini telah membangunkan sebuah skrin televisyen yang boleh menawarkan rasa makanan, sekaligus membolehkan pengguna menjilat skrin untuk mencuba sesuatu rasa makanan.

Perkara ini dijayakan dengan menyertakan sekitar 10 tin perasa berbeza pada bahagian atas skrin berkenaan – yang mana seterusnya ia akan menyemburkan campuran berdasarkan kepada rasa sesuatu makanan yang dipilih.

Campuran perasa berkenaan akan disemburkan ke kaca skrin, sekaligus membolehkan orang ramai merasanya dengan menjilat skrin berkenaan.

Dengan projek ini, ia sekaligus memperlihatkan kebolehan menggunakan teknologi dalam membolehkan orang ramai dapat berinteraksi dan mencuba pengalaman rasa makanan berbeza. Disamping itu, ia juga boleh digunakan untuk mencuba sesuatu resipi, menyertai kuiz dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami