Sekian lama tertiris dalam beberapa laporan yang lalu, akhirnya Oppo K9x dilancarkan secara rasmi. Ia hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 810, kemdian pengenalannya menjadi penawaran terkini daripada Oppo untuk siri K mereka di China.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo K9x didatangkan dengan skrin sebesar 6.5-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya, dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Di samping itu, ia juga menjalankan ColorOS12 berasaskan Android 11.
Seterusnya, sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 64MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.