Apple Mac Pro Baharu Dilaporkan Akan Masih Menggunakan Cip Intel – Mungkin Siri Xeon

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple benar-benar serius untuk peralihan daripada cip Intel ke Apple Silicon. Lihat sahaja bukti pada semua MacBook M1, kemudian ada pula M1 Pro dan M1 Max yang berkali ganda lebih berkuasa. Apple turut dilaporkan akan melancarkan cip siri Apple M ini setiap 18 bulan dengan Apple M2 mungkin akan dilancarkan sekitar pertengahan kedua 2022. Cip Apple M2 dengan kod nama Staten ini dikatakan hadir dengan binaan 4nm.

Apple Mac Pro

Walaupun begitu, untuk pengguna profesional yang memerlukan kuasa di tahap suntingan untuk studio seperti menghasilkan muzik untuk artis, menyunting filem, melakukan rekaan grafik 3D atau CGI – Apple masih akan memfokuskan kepada Mac Pro. Untuk itu, Apple masih lagi ingin bergantung kepada Intel kerana Mac Pro generasi baharu nanti akan hadir dengan cip pemprosesan Intel.

Apple turut dilaporkan akan hadir dengan dua Mac Pro baharu, satu dengan rekaan kompak dengan cip Apple M dan satu lagi adalah dengan cip Intel mungkin dalam siri Xeon. Untuk versi Intel ini, ia turut dikatakan memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan, pengurusan peranti berhubung dan pelbagai lagi dalam kategori ini yang mementingkan pengurusan memori serta tugasan yang banyak berjalan di latar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami