Imej Pengolokan Rasmi Xiaomi 12 Tertiris

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 amat dinantikan kerana Xiaomi kerap melancarkan peranti mercu pada harga yang amat mampu milik di Malaysia. Hari ini imej pengolokan rasmi Xiaomi 12 telah ditiriskan oleh @evleaks.

Dapat dilihat dengan jelas rekaan tri-kamera utama dengan satu daripada bersaiz agak besar. Turut kelihatan ialah salah satunya sebesar 50MP. Sekilas pandang Xiaomi 12 kelihatan seperti sebuah peranti OnePlus kerana rekaan bonggol yang serupa cuma tanpa penjenamaan Hasselblad.

Sebelum ini kedengaran ura-ura Xiaomo 12 akan menggunakan lensa keluaran Leica tetapi nampaknya ini tidak berlaku kali ini. Ura-ura mungkin keliru kerana cip Snapdragon 8 Gen 1 menyokong penuras Leica Leitz secara terus.

komen


© Amanz / 2022 Kami