Huawei MateBook X Pro 2022 Dilancarkan Dengan Cip Intel Core-i7 Dan Skrin 3K 90Hz

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MateBook X Pro 2022 turut dilancarkan semalam sebagai komputer riba paling premium yang ditawarkan oleh Huawei. Model ini dilengkapi skrin 14.2″ LTPS dengan resolusi 3.1K bernisbah 3:2 serta sokongan sesentuh. Skrin ini melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400 dengan keterangan maksimum 500 nits dan paparan warna DCI P3.

Skrin digabungkan dengan cip sehingga Intel Core i7-1195G7, memori 16GB LPDDR4, storan sehingga SSD 1TB NVMe PCIe dan bateri sebesar 60Wh. Bateri boleh dicas semula dengan pantas menggunakan pengecas 65W USB-C yang disertakan. Turut disertakan ialah empat port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Dari segi audio pula, enam speaker digunakan memberikan pengalaman audio yang menyeluruh dan empat mikrofon untuk telesidang yang jelas.

Papan kekunci berlampu dipadankan dengan pad sesentuh yang menyokong sistem gestur Huawei Free Touch. Kawalan audio, keterangan skrin, merakam skrin dan kawalan media boleh dilakukan terus dari pad sesentuh. Pengimbas cap jari masih lagi terbina pada butang kuasa dan sokongan imbasan wajah juga boleh digunakan. Di China Huawei MateBook X Pro 2022 ditawarkan pada harga bermula RMB 9499 (~RM 6262) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami