MySejahtera Hadir Dengan Ciri MySJ Trace Dalam Bentuk Beta – Tiada Lagi Butang “Check Out”

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MySejahtera kini telah mula menawarkan kemaskini aplikasi, sekaligus menambah sebuah ciri baharu dinamakan MySJ Trace.

Melalui penerangan MySejahtera sendiri, MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah-alih pengesanan kontak yang dibangunkan kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” dimana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. Hal ini dijayakan melalui penggunaan sokongan geolokasi dan juga Bluetooth pada peranti.

Ciri ini dilihat akan memudahkan proses pengesanan kontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan Covid-19.

MySJ Trace memerlukan Android 8 dan ke atas, selain iOS 10 dan terkini untuk beroperasi. Ia akan terus berfungsi pada latar, dan pengguna perlu mengaktifkan Bluetooth setiap masa untuk ia berfungsi.

Bersama-sama kemaskini ini juga, ia akan memaparkan berapa ramai interaksi secara MySJ Trace yang berlaku pada sesuatu hari.

Selain itu, pada masa yang sama, MySejahtera juga dilihat tidak lagi menyertakan butang “Check Out” bersama-sama kemaskini baharu ini.

Kemaskini MySJ Trace ini telah pun ditawarkan untuk pengguna Huawei melalui AppGallery pada hari ini, dan dijangka ditawarkan melalui AppStore dan Google Play Store tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami