Cari @ Amanz

Dengan banjir menyebabkan kerosakan teruk di beberapa negeri di Malaysia, ratusan mangsa kini terpaksa berhadapan dengan kos baik pulih yang pasti membebankan. Bagi mengurangkan beban ini, Oppo Malaysia turut tampil dengan bantuan untuk membaiki peranti yang terjejas akibat banjir.

Oppo Malaysia menawarkan potongan harga 30% ke atas komponen alat ganti tertentu dan juga potongan 20% kepada kos penghantaran barangan bagi pelanggan yang menghantar peranti menerusi perkhidmatan atas talian dan duduk jauh dari pusat baik pulih. Tawaran ini dibuka dari 26 Disember hingga 31 Januari 2022. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarat dan terma baik pulih sila ke pautan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd