Samsung kini nampaknya dalam perancangan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat. Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, pengesahan Sirim terbaru memperlihatkan Galaxy S21 FE 5G telah pun melepasi proses pengesahan di Malaysia.
Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar ini pada Januari 2022 ini, dan ia mungkin dipasarkan secepat yang boleh memandangkan Galaxy S22 dijangka diperkenalkan pada Februari 2022 kelak.
Galaxy S21 FE 5G dijangka hadir dengan spesifikasi mercu serta sokongan perisian serta sekuriti yang baik – ditujukan kepada para peminat Samsung seluruh dunia.
Dengan pengesahan pihak Sirim ini, sama-sama kita nantikan lanjut pengenalan Galaxy S21 FE 5G di Malaysia tidak lama lagi.