Seperti sejumlah syarikat pengeluar lain, kini Asus turut mengumumkan mereka akan menawarkan sokongan pemeriksaan percuma, dan tiada sebarang kos upah untuk tujuan baik-pulih produk-produk Asus yang terjejas disebabkan banjir.
Asus menawarkan perkhidmatan ini untuk para pelanggan yang menetap di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Khidmat pemeriksaan percuma ini juga terhad kepada AIO, desktop, komputer riba, dan juga telefon.

Asus juga mempunyai beberapa syarat seperti pelanggan perlu membawa bil utiliti untuk pengesahan alamat, selain ia ditawarkan untuk peranti dibawah jaminan sahaja.
Selain Asus, Acer juga menyediakan perkhidmatan mereka tersendiri – yang menariknya turut meliputi pelangan komputer riba berjenama laain.