Twitter Antara Medium Utama Perkongsian Berkenaan Banjir Di Malaysia – Mencecah 5 Juta Tweet, 5 Tanda Pagar Popular

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter kini berkongsi mengatakan antara 18 ke 21 Disember 2021, Tweet berkaitan banjir kilat di Malaysia hampir mencecah 5 juta Tweet secara global.

Ini diterajui oleh lima tanda pagar yang hangat digunakan oleh semua, iaitu #DaruratBanjir, #BanjirDarurat, #Banjir, #RakyatJagaRakyat dan juga #KitaJagaKita.

Twitter telah menjadi platform yang dituju ramai dalam bukan sahaja untuk mendapatkan makluman dan status terkini banjir, tetapi juga dalam komuniti setempat membantu satu sama lain, menguruskan bantuan, menguruskan sukarelawan dan sebagainya.

Malah ramai juga yang turut berkongsi butiran mangsa yang terperangkap dalam usaha menyelamatkan mereka. Tidak ketinggalan juga orang yang melakukan biayasama dalam mengumpul dana untuk membantu meringankan beban.

Twitter juga turut berkongsi cadangan dimana pengguna boleh menggunakan Twitter Lite untuk mengelakkan masalah sambungan daata, terutamanya di kawasan yang terjejas.

komen


© Amanz / 2022 Kami