Cari @ Amanz

Microsoft kini turut mengumumkan mereka akan menarik diri daripada menyertai acara fizikal CES 2022 yang akan berlangsung pada awal Januari 2022 ini.

Hal ini adalah disebabkan oleh penularan Covid-19 yang kembali meningkat.

Microsoft mengatakan mereka akan menawarkan pengalaman secara digital untuk mempertontonkan beberapa teknologi baharu mereka.

Sebelum ini, antara syarikat yang telah mula menarik diri adalah termasuk Facebook, Google, Intel dan juga Lenovo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd