Kini Anda Boleh Beli Tesla Guna Kriptowang Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Arena kriptowang memperlihatkan peningkatan drastik pada tahun ini dari segi nilai dan juga penyertaan orang ramai. Hal ini sekaligus membuatkan pelbagai syarikat turut menerima kriptowang sebagai salah satu medium pembayaran.

Terbaru, di Malaysia, CHY Autoworld Sdn Bhd dilihat turut menerima kriptowang sebagai medium pembayaran untuk membeli kenderaan. Pelbagai kenderaan ditawarkan, termasuk Tesla.

Dengan langkah ini, mereka yang mempunyai kriptowang turut boleh membeli kenderaan menggunakannya, tanpa perlu melakukan tukaran kepada matawang biasa terlebih dahulu.

Menurut CHY Autoworld juga, melalui syarikat mereka, orang ramai turut boleh melakukan pembelian hartanaha pemaju utama di Malaysia menggunakan kriptowang. Mereka akan menerima kriptowang daripada pembeli, dan seterusnya melakukan bayaran kepada pemaju dalam bentuk ringgit.

Adakah selepas ini, kita akan melihat lebih ramai turut menerima medium bayaran berasaskan kriptowang?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami