Cari @ Amanz

Satu lagi saluran akan tidak lagi ditawarkan. Kali ini giliran saluran Animax (719) akan menghentikan operasi bermula 1 Januari 2022. Walaupun saluran tidak lagi ditawarkan kepada pelanggan, beberapa kandungan animasi Animax masih boleh distrim menggunakan ciri On Demand dan aplikasi Astro Go.

Pelanggan mula melihat notifikasi penamatan operasi diberikan oleh Animax di atas skrin sejak beberapa hari yang lalu. Menurut ciapan dari akaun rasmi Astro, syarikat sentiasa mengkaji program yang ditayangkan bagi memberikan pilihan terbaik kepada pelanggan.

Animax ialah saluran anime 24 jam terbesar di dunia yang sudah beroperasi sejak 1998. Ia mula ditawarkan kepada pelanggan di rantau Asia Tenggar sejak 2004.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd