TM : Pelayaran Web Perlahan Sementara Di Malaysia, Disebabkan Masalah Kabel Dasar Laut
December 25, 2021
Telekomunikasi
Aman
Telekom Malaysia kini telah mengeluarkan notifikasi, dimana pengguna internet seluruh negara mengalami masalah pelayaran disebabkan oleh masalah pada kabel dasar laut.
Hal ini sekaligus membawa kepada pelayaran yang perlahan dan kesukaran mengakses beberapa perkhidmatan web, termasuk seperti Netflix, permainan video, dan sebagainya.

TM mengatakan masalah ini berlaku sejak daripada sekitar pukul 6 petang tadi, dan dijangka diselesaikan pada pukul 11 malam ini.
Pengguna Unifi Mobile, Streamyx dan Unifi Fibre terjejas dengan masalah ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.