Teleskop James Webb Berjaya Dilancarkan Ke Angkasa Dalam Misi Mencari Eksoplanet Dan Permulaan Galaksi

Diterbitkan pada Dis 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teleskop angkasa lepas James Webb telah berjaya dilancarkan ke angkasa lepas menggunakan sebuah roket Ariane 5 malam ini. Sekiranya berjaya memulakan beroperasi kelak, James Webb akan menjadi teleskop angkasa lepas paling besar pernah dilancarkan oleh manusia. Ia akan sekaligus menggantikan teleskop Hubble yang telah beroperasi sejak 1990.

James Webb kini dalam perjalanan ke titik Lagrange kedua (L2 point) yang terletak 1.5 juta kilometer dari bumi. Dalam perjalanan yang dijangka mengambil masa sebulan, teleskop akan memulakan proses menyahlipat bagi membolehkan cermin sebesar 6.4m disambungkan dengan lengkap. Ini adalah jauh lebih besar berbanding cermin 2.4m yang digunakan oleh Hubble. Lebih menarik ialah perisai haba yang digunakan adalah sebesar sebuah gelanggang tenis bagi memastikan komponen tidak terbakar akibat sinaran matahari. Kemudian ia akan mengambil masa selama enam bulan lagi untuk menjalani pelbagai proses ujian diagnostik sebelum boleh memulakan misi.

esk

Dengan cermin lebih besar, lebih banyak cahaya boleh ditangkap untuk mencari eksoplanet, mencari galaksi yang sedang terbentuk dan mengesan kesan-kesan letupan Bing Bang. Selain itu sensor pada James Webb boleh mengesan cahaya dengan julat panjang gelombang yang lebih besar membolehkan ia melihat lebih jauh ke angkasa lepas.

Projek teleskop yang sepatutnya menggantikan teleskop Hubble ini ditangguh beberapa kali kerana isu teknologi, teknikal, kemalangan, roket dan pandemik. Kos membangunkan projek yang melibatkan NASA, Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Kanda (CDA) turut telah melonjak ke $10 bilion berbanding anggaran asal $500 juta.

James Webb akan digunakan oleh NASA, ESA dan Agensi Angkasa Kanada (CSA) untuk mencari kehidupan lain di angkasa lepas di planet-planet suria tambahan Sensor-sensor yang digunakan diharap dapat mengesan kehadiran tamadun asing yang mungkin selama ini tidak dapat dikesan menggunakan sensor terdahulu.

Sumber NASA

komen


© Amanz / 2022 Kami